ADUAN DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah

Borang Aduan dan Maklumbalas Pelanggan UiTM Cawangan Kedah merupakan inisiatif yang diwujudkan oleh Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Kedah untuk mendapatkan maklumbalas dan aduan berkaiatan UiTM Cawangan Kedah secara keseluruhan.

Ia bertujuan untuk meguruskan maklumbalas seperti cadangan, aduan, pertanyaan dan penghargaan daripada pelanggan, komuniti, pemegang taruh dan sesiapa sahaja berkenaan perkhidmatan di UiTM Cawangan Kedah. Segala aduan dan maklumbalas akan digunakan untuk membantu pihak pengurusan membuat penambahbaikan berterusan dari masa ke semasa.

Kod QR pautan borang ini turut disediakan di setiap kaunter perkhidmatan UiTM Cawangan Kedah dan borang akan dibuka sepanjang tahun. semua maklumat adalah sulit dan kerahsiaan pemberi aduan atau maklumbalas adalah dilindungi.


Borang Aduan dan Maklumbalas Semak Aduan