Unit Kesihatan UiTM Cawangan Kedah

8

UiTM Kedah merupakan kampus cawangan ke 11 dan telah dirasmikan oleh Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan pada tarikh 26hb November 1999 . Ianya dibina di atas tapak seluas 350 ekar di dalam Mukim Bujang ( di antara Pekan Semeling dan Pekan Merbok ) iaitu kira-kira 14 km daripada Pekan Sungai Petani. UiTM Kedah mula diterajui oleh Provos Prof Madya Ahmad Fakri Shaari dan dibantu oleh staf perintis seramai 25 orang dengan pengambilan pertama pada sesi November 1997 – April 1998 di mana seramai 162 pelajar yang mengikuti 4 jenis kursus yang ditawarkan.

Setelah hampir 16 tahun beroperasi UiTM Kedah telah berkembang dengan pesatnya dengan jumlah pelajar seramai 5879 orang dan kakitangan seramai 580 orang. Program sepenuh masa yang ditawarkan meningkat kepada 4 jenis iaitu 3 peringkat asasi , 12 peringkat diploma dan 12 peringkat ijazah serta sehingga ke peringkat pasca ijazah.

Manakala Unit Kesihatan mula beroperasi pada 1hb. November 2000 dengan kedatangan seorang Jururawat, Pn. Norlida Abdul Rahman dari UiTM Shah Alam dan ditempatkan di sebuah bilik di Pejabat Kolej Malinja yang kemudiannya dipindahkan ke Pejabat Kolej Mahsuri untuk ruang yang lebih luas pada tahun 2003. Proses menaiktaraf Unit Kesihatan telah dilakukan pada tahun 2007 dengan penambahan beberapa ruang utama.

Sehingga kini kakitangan Unit Kesihatan iaitu terdiri daripada 1 orang Pegawai Perubatan, 2 orang Penolong Pegawai Perubatan, 2 orang Jururawat, 1 orang Pembantu Tadbir , 1 orang Penolong Pegawai Farmasi dan 1 orang Pembantu Perawat Kesihatan serta seorang Pemandu Ambulan yang dipinjamkan daripada Bahagian Pentadbiran.

Perkhidmatan Kesihatan Pelajar yang disediakan di Pusat/Unit Kesihatan boleh dibahagikan kepada dua skim yang utama iaitu: