PANDEMIK COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Norma baru terpaksa diterapkan di dalam aktiviti sosial masyarakat di mana SOP mesti diikut, penjarakan sosial dan mengelak bersentuhan dan perjumpaan di kawasan tertutup dan sempit perlu dielakkan.
Berikutan perkembangan terkini PANDEMIK COVID-19 di Malaysia dengan kes yang semakin meningkat, adalah tidak wajar untuk menjalan aktiviti 'Clearance' untuk pelajar yang telah tamat pengajian di UiTM. Sistem eClearance ini dibina bertujuan untuk memudahkan pelajar membuat permohonan 'Clearance' secara atas talian dan tidak perlu lagi untuk datang ke kampus untuk tujuan tersebut.