Kemaskini alamat semasa, nombor telefon dan alamat emel anda.
Tekan butang Mohon untuk membuat permohonan.
'Pengesahan alamat emel' akan dihantar ke alamat emel anda.
Sila semak emel anda dan tekan link Pengesahan alamat emel yang terdapat di dalam emel tersebut. Perlu diingat, selagi anda tidak membuat pengesahan tersebut permohonan anda tidak akan diproses.
Anda perlu log masuk ke sistem eClearance dari masa ke semasa untuk mengetahui perkembangan permohonan dan tindakan yang perlu diambil sekiranya ada. Sistem akan menghantar emel notifikasi dari masa ke semasa.
Semak ulasan yang dikemaskini oleh pegawai dari bahagian berkenaan untuk tindakan anda.
Sekiranya anda perlu membuat pembayaran, anda perlu muatnaik bukti pembayaran tersebut untuk disemak oleh pegawai yang bertanggungjawab.
Setelah permohonan anda telah disemak dan didapati tiada yuran dan kompaun yang belum dijelaskan, permohonan anda akan ditanda sebagai CLEARED.
Setelah semua bahagian telah bertanda CLEARED, satu notifikasi emel akan dihantar menandakan permohonan telah selesai.
Log Masuk
Sistem ini dibangunkan oleh Bahagian Infostruktur untuk kegunaan Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Kedah. Sistem-sistem lain yang telah dibangunkan oleh Bahagian Infostruktur, UiTM Cawangan kedah boleh diakses di (ikedah)