ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah

Borang Aduan dan Maklum Balas Pelanggan UiTM Cawangan Kedah secara dalam talian ini merupakan inisiatif Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Kedah untuk mendapatkan maklum balas dan aduan berkaitan UiTM Cawangan Kedah secara keseluruhan.

Ia bertujuan untuk menguruskan maklum balas seperti cadangan, aduan, pertanyaan dan penghargaan daripada pelanggan, komuniti, pemegang taruh dan sesiapa sahaja berkenaan perkhidmatan di UiTM Cawangan Kedah. Segala aduan dan maklum balas akan digunakan untuk membantu pihak pengurusan membuat penambahbaikan berterusan dari masa ke semasa.

Kod QR pautan borang ini turut disediakan di setiap kaunter perkhidmatan UiTM Cawangan Kedah dan borang akan dibuka sepanjang tahun. Semua maklumat adalah sulit dan kerahsiaan pemberi aduan atau maklum balas adalah dilindungi.


Borang Aduan dan Maklum balas Semak Aduan