/ Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar / Pendahuluan

Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar

Pendahuluan



Universiti Teknologi MARA menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan dan pergigian untuk semua pelajar sepanjang tempoh pengajian. Perkhidmatan ini meliputi kemudahan-kemudahan rawatan yang disediakan di kampus-kampus UiTM. UiTM telah menubuhkan Klinik Kesihatannya sendiri termasuk UiTM Cawangan Kedah. Klinik ini dikendalikan oleh kakitangan profesional dan kakitangan sokongan yang terlatih.

Dalam beberapa keadaan tertentu dimana pelajar tidak dapat dirawat oleh Klinik UiTM, ianya akan dirujuk ke hospital-hospital Kerajaan , hospital-hospital Angkatan Tentera atau hospital-hospital Universiti. Kos rawatan akan ditanggung oleh pihak Universiti mengikut ketetapan dalam Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar UiTM.